1bnselfcare.yes.my


1BestariNet Self Care diwujudkan untuk membantu sekolah melaporkan masalah berkaitan dengan projek 1BestariNet dengan lebih berkesan dengan sistem pengurusan aduan secara berpusat.
Ia meliputi masalah berikut:
  1. Talian 1BestariNet
  2. Masalah berkaitan penggunaan VLE (Virtual Learning Environment)Frog
  3. Masalah Chromebook / VDI Thin Client
Akaun Selfcare Portal telah pun dibuat bersama sama dengan ID dan password sementara.
ID: Kod Sekolah
Password : Fr0gasi@
Sila gunakan pautan berikut https://1bnselfcare.yes.my untuk mengakses sistem tersebut.
Selepas log in kali pertama anda dikehendaki untuk menukar password anda.
Kami amat menggalakan anda melaporkan masalah yang sekolah hadapi seperti diatas melalui portal khas ini untuk memudahkan pihak berkaitan memantau masalah anda. Selepas membuat aduan pastikan anda mencatat nombor log aduan anda untuk tujuan rujukan pada masa hadapan.
Bagi mengatasi isu tidak mendapat no. log atau trouble ticket nombor berkenaan isu 1BestariNet,  dipohon kerjasama pihak tuan/puan bahawa pihak sekolah boleh membuat aduan melalui portal https://1bnselfcare.yes.my. Dari situ, pihak sekolah akan dapat no. log/ trouble tiket no. selepas masukkan aduan dalam portal tersebut  atau  menghubungi Meja Bantuan 1BestariNet di 018-7998787.
Sekiranya pihak sekolah terlupa ID dan password untuk portal tersebut, tuan/puan boleh menghubungi Meja Bantuan 1BestariNet di 018-7998787  atau mail ke moesupport@ytlcomms.my  untuk mendapatkan ID dan password.  Sila pastikan no.log/trouble ticket number  direkod dalam buku log sekolah dan maklumkan kepada PKG melalui mail pkg_tanjung_ipoh@moe.gov.my untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai.
Dicadangkan pihak sekolah membuat speedtest  jika terdapat isu capaian internet yang perlahan menggunakan http://speedtest.ytlcomms.my/  dan melaporkannya kepada 1Bestarinet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda