DECODER ASTRO KAMPUS



Buat semua Sekolah-Sekolah ahli PKG Tg Ipoh yang menerima Astro Kampus,diharap sila pastikan decoder Astro Kampus sentiasa didalam keadaan mode standby (standby di sini bermaksud alat decoder dipadamkan tanpa menutup suis bekalan kuasa)kerana ada Sekolah yang membiarkan decoder Astro Kampus dalam keadaan"off" dalam jangka masa yang lama dan kini mereka mengalami kesulitan untuk menggunakan Astro Kampus.Sila elakkan dari mematikan suis decoder Astro Kampus Sekolah dalam jangka masa yang lama kerana proses naik taraf sistem Astro Kampus hanya boleh dilakukan hanya dalam keadaan decoder mode standby.Sebaiknya decoder Astro Kampus dibiarkan dalam mode standby untuk mengelak dari mengalami kesulitan pada masa hadapan.Pihak PKG akan cuba membantu untuk mendapatkan kembali perkhidmatan Astro Kampus bagi Sekolah-Sekolah yang telah tiada perkhidmatan akibat dari decoder yang dimatikan terlalu lama atau sila layari laman web ini untuk maklumat lebih lanjut.http://www.astro.com.my/kampusastro/

MESYUARAT PERMUAFAKATAN ZON TANJUNG IPOH



Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan PKG Tanjung Ipoh 2011 anjuran BTPNNS dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah telah diadakan pada 10 March,2011 1430-1630 di bilik Axon di PKG Tanjung Ipoh.Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua ahli-ahli dari Zon Tanjung Ipoh.Terima kasih kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan En.Abdullah bin Yussuf dan Puan Anita binti Tamin kerana sudi hadir pada mesyuarat kali ini.Puan Anita akan memberi taklimat berkenaan Pelan TindakanPembestarian Pendidikan 2011.Semoga semua ahli-ahli di semua sekolah-sekolah zon Tanjung Ipoh dapat memanfaatkan hasil perbincangan pada mesyuarat kali ini.



TAHNIAH!Cikgu Shah


Masih tidak terlewat bagi Pusat Kegiatan Guru Tanjung Ipoh mengucapkan tahniah pada En.Muhamad Shahlyme bin Abd Wahid dari Sekolah Kebangsaan Yamtuan Lenggang,Kampung Tengah di atas kejayaannya dalam Pertandingan Guru Inovatif 2011 peringkat negeri yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Rantau,Negeri Sembilan pada 27 Januari lalu.Semoga beliau akan berusaha bersungguh-sungguh lagi pada pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Sarawak tidak lama lagi.
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda