PROSES BASE LEARNING(PBL)



Pada hari ini ,Pkg Tg Ipoh telah mengadakan bengkel PBL .Seramai 15 orang guru dari 7 buah sekolah telah mengambil bahagian.Gambar pertama menunjukkan pementangan PBL dari SK Yamtuan Hitam .Guru-guru sangat berminat dan bersemangat tinggi melaksanakan PBL dalam matapelajaran khasnya Sains dan Kajian Tempatan.Syabas! diucapkan kepada guru-guru kawasan Tg Ipoh yang telah berusaha untuk melaksanakan PBL.


Gambar kedua pula menunjukkan pegawai PPD Tuan Kamanizam bin Hj Tindek sedang memberi ucapan.Beliau berharap guru-guru dari kawasan Tg Ipoh akan mengaplikasikan PBL dalam proses p&p.Beliau juga berharap PBL ini akan berkembang di kalangan semua sekolah kawasan Kuala Pilah.Semoga harapan beliau akan menjadi kenyataan.Kami di PKG Tg Ipoh juga sangat berharap supaya PBL ini diteruskan oleh semua ahli sekolah kerana ia sejajar dengan konsep KSSR dan KSSM.Kami di pkg sangat berterima kasih kepada Pn Anita dan En Shahrizan yang merupakan Fasilator PBL dari BTPNNS.

Pegawai Teknologi Pendidikan 2

Selamat datang kepada Puan Saravanameena yang akan bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 2 di Pusat Kegiatan Guru Tanjung Ipoh.Untuk makluman,beliau sebelum ini bertugas sebagai Guru Kaunseling di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lorong Java,Seremban,N.Sembilan.Selamat bertugas dan bersama-sama dalam merealisasikan"Teknologi Untuk Pendidikan Bestari".

PENGISIAN DATA SPPICTS



Diharap semua sekolah-sekolah ahli PKG Tanjung Ipoh dapat mengisi maklumat ini secara online sebelum tarikh tutup dan elakkan mengisi data di saat-saat akhir untuk mengelakkan kesesakan pada sistem.Sebaik-baiknya mengunakan Internet Explorer untuk mengisi data secara online.Laman web ini boleh dilayari di sini

DECODER ASTRO KAMPUS



Buat semua Sekolah-Sekolah ahli PKG Tg Ipoh yang menerima Astro Kampus,diharap sila pastikan decoder Astro Kampus sentiasa didalam keadaan mode standby (standby di sini bermaksud alat decoder dipadamkan tanpa menutup suis bekalan kuasa)kerana ada Sekolah yang membiarkan decoder Astro Kampus dalam keadaan"off" dalam jangka masa yang lama dan kini mereka mengalami kesulitan untuk menggunakan Astro Kampus.Sila elakkan dari mematikan suis decoder Astro Kampus Sekolah dalam jangka masa yang lama kerana proses naik taraf sistem Astro Kampus hanya boleh dilakukan hanya dalam keadaan decoder mode standby.Sebaiknya decoder Astro Kampus dibiarkan dalam mode standby untuk mengelak dari mengalami kesulitan pada masa hadapan.Pihak PKG akan cuba membantu untuk mendapatkan kembali perkhidmatan Astro Kampus bagi Sekolah-Sekolah yang telah tiada perkhidmatan akibat dari decoder yang dimatikan terlalu lama atau sila layari laman web ini untuk maklumat lebih lanjut.http://www.astro.com.my/kampusastro/

MESYUARAT PERMUAFAKATAN ZON TANJUNG IPOH



Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan PKG Tanjung Ipoh 2011 anjuran BTPNNS dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah telah diadakan pada 10 March,2011 1430-1630 di bilik Axon di PKG Tanjung Ipoh.Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua ahli-ahli dari Zon Tanjung Ipoh.Terima kasih kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan En.Abdullah bin Yussuf dan Puan Anita binti Tamin kerana sudi hadir pada mesyuarat kali ini.Puan Anita akan memberi taklimat berkenaan Pelan TindakanPembestarian Pendidikan 2011.Semoga semua ahli-ahli di semua sekolah-sekolah zon Tanjung Ipoh dapat memanfaatkan hasil perbincangan pada mesyuarat kali ini.



TAHNIAH!Cikgu Shah


Masih tidak terlewat bagi Pusat Kegiatan Guru Tanjung Ipoh mengucapkan tahniah pada En.Muhamad Shahlyme bin Abd Wahid dari Sekolah Kebangsaan Yamtuan Lenggang,Kampung Tengah di atas kejayaannya dalam Pertandingan Guru Inovatif 2011 peringkat negeri yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Rantau,Negeri Sembilan pada 27 Januari lalu.Semoga beliau akan berusaha bersungguh-sungguh lagi pada pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Sarawak tidak lama lagi.

PROGRAM MEMBAIKI KOMPUTER UNTUK PENGGUNAAN SKOR 'A' UPSR


Pada 07-11 Febuari,2011 pihak PKG Tanjung Ipoh telah membantu membaiki 06 unit komputer di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir yang telah mengalami kerosakan.Tujuan program ini adalah untuk menjayakan program penggunaan Skor'A' UPSR di samping memudahkan penyampaian P&P untuk murid-murid sekolah.Walaupun tanpa alat ganti dan peruntukan,pihak PKG sedaya upaya membantu dengan menggunakan kaedah membaiki komponen elektonik yang rosak pada papan induk dan bekalan kuasa komputer.Diharap pihak Guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir dapat memanfaatkan penggunaan komputer dengan lebih optimum lagi.


Fasciltator program Skor'A' sedang menerangkan kaedah penggunaan Skor 'A' pada Guru-guru.



Guru Penyelaras ICT SKTLN En.Azhar sedang memeriksa komputer yang telah dibaiki.


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir En.Ahmad kashfi dan GPK1 En.Azhar yang banyak terlibat dalam membantu menaik taraf ICT Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir.

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan dan Media telah diadakan pada 27 Januari 2011(khamis) masa 1430 hingga 1630 di bilik Axon PKG Tanjong Ipoh.Kehadiran Guru-Guru yang terlibat amat dihargai.Semoga tahun 2011 ini semua hasil perbincangan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda